Wednesday 31 October 2012

Penjagaan Muka Di rumah


Menjaga dan memanjakan kulit wajah adalah rutin bagi wanita, tetapi jangan terkejut jika lelaki juga menitik beratkan penjagaan kulit wajah.Pendekatan yang digunakan oleh kaum adam sedikit berbeza jika dibandingkaan dengan kaum hawa kerana lelaki tidak terlalu obses membeli produk kecantikan yang berharga ratusan ringgit hanya untuk memiliki raut wajah yang bersih.

Masih ramai lelaki di luar sana yang masih belum menemui cara yang berkesan tanpa menggunakan produk kecantikan yang berharga ratusan ringgit, Berita baik untuk semua lelaki diluar sana kini ada cara yang mudah dan murah untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ramai yang mengetahui alam semula jadi mempunyai seribu macam khasiat tetapi jarang orang mengambil faedah daripadanya.

Tumbuhan alam semulajadi seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran mudah didapati di Pasar Raya dan harganya juga murah. Bagi mendapatkan kulit wajah yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus kemudian lumurkan pada muka selama kira-kira 20 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit muka.

Untuk menegangkan kulit, tepung ubi kayu dan timun sebelum itu timun hebdaklah dihancurkan dahulu sehingga lumat, kemudian campurkan kedua-duan bahan tadi dengan sedikit air, sapukan di muka dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh dengan air.

Sebagai petua menhilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbukan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada muka yang mengalami jerawat. seterusnya bersihkan muka dengan air bersih. Kesannya akan kelihatan jika diamalkan selalu.

Untuk mengelakkan kulit muka daripada cepat berkedut, bersihkan sebatang lobak merah kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu campurkan parutan lobak brsama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Pentingnya Bersenam Dan Bergerak


Kita sebagai manusia diciptakan untuk aktif: hidup dan bergerak. Ibarat air: jika lama bertakung, maka ia boleh menyebabkan kuman dan menyebabkan penyakit. Hakikat hidup ini sebenarnya ialah merupakan suatu proses kegiatan. Apabila manusia makan, maka makanan yang dimakan akan diproses, dialmbil patinya dan hampasnya dibuang, sedang pembuangan hampas (najis) itu bukanlah merupakan suatu yang mudah. 

Bukankah ramai orang yang sembelit?Jadi setiap kali kita makan, kita perlu bergerak, paling kurang berjalan kaki disekeliling rumah, dimana kita akan merasa lega dan selesa bernafas dan dikala itu mungkin kita akan terkentut dan terkeluar peluh. Sebaik-baik pergerakan yang harus dilakukan ialah pergerakan yang melibatkan semua anggota, sedangkan jika diperhati, tentulah perlakuan sembahyang yang paling tepat mengambil tempat ini.

       Jika kita merasa lebih bertenaga, maka baik pula kita pada setiap pagi keluar ke pekarangan rumah atau kebun dengan melakukan kerja-kerja yang dapat mengeluarkan peluh secara banyak. Sebaik-baik tempoh berkebun atau membersihkan kawasan sekitar halaman rumah ialah 1jam 30 minit dan dikala seseorang yang telah dapat mempergunakan kalori yang banyak.

       Adapun penyakit-penyakit yang biasa terjadi sebab kurang pergerakan atau kurang bersenam ialah:

1) Sembelit
2) Mati Pucuk (Lemah Tenaga Batin)
3) Kencing Manis
4) Darah Tinggi
5) Kegemukan
6) Sembab
7) Asma (Lelah)
8) Lemah Jantung

Air Penting Untuk Kesihatan


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Kepentingan air sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting dalam kehidupan sesorang manusia. Ramai dikalangan kita hanya minum air setelah merasa dahaga. Kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter.

Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.

Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.

Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.

Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis.