Sunday 18 November 2012

Masas Gel Panas Kelapa Dara


Produk: Masas Gel Panas Kelapa Dara

Harga: RM 13.90

Kebaikan:
- Baik untuk lenguh-lenguh sendi
- Membakar lemak berlebihan
- Sesuai untuk sakit kepala
- Sesuai untuk wanita lepas bersalin, alahan asma dan mana-mana bahagian yang kuran selesa

*Amaran: Tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak

Kandungan:
- Agua
- Menthol
- Sodium Hydroxid
- Abrylates
- Minyak Kelapa

Bahaya Air Kacang Soya

Susu kacang soya adalah produk bukan tenusu yang diperolehi daripada biji kacang soya. Kualiti susu kacang soya adalah hampir dengan kualiti dan kebaikan susu lembu dan ia dipilih sebagai susu alternatif kepada mereka yang mempunyai alergi kepada susu lembu. Susu kacang soya pada ketika ini memperolehi publisiti yang meluas dimedia massa disebabkan oleh kebaikannya terhadap kesihatan manusia.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dengan meminum susu kacang soya tidak mendapat sebarang kesan buruk. Bagi mereka yang tidak mengetahui keburukan susu kacang soya, dibawah ini disenaraikan beberapa keburukan susu kacang soya untuk pengetahuan kita bersama.

Kanser Payudara - Susu kacang soya mengandungi kandungan bahan kimia iaitu: phytoestrogens yang terlalu tinggi, sebatian yang menyerupai struktur estrogen. Isoflavones susu kacang soya akan melemahkan aktiviti hormon serta menyebabkan kesan anti estrogen. Berdasarkan kajian oleh Anne Weaver iaitu seorang pelajar kedoktoran dalam bidang epidemiologi yang dijalankan pada tahun 2010 di universiti Buffalo, isoflavones susu kacang soya akan menghalang hormon bersekutu dengan kanser seperti kanser payudara dan kanser prostat.

Penyakit Kardiovaskular Dan Strok - Kandungan isoflavones yang terkandung dalam susu kacang soya akan menghalang pembentukan darah beku dengan menghalang pengagregatan platelet atau "clumping" berdasarkan kajian oleh Kolej Perubatan Baylor. Saluran darah yang tersumbat akan meningkatkan risiko untuk darah tinggi dan strok. Darah beku akan menghalang pengaliran darah yang melalui arteri dan penyumbatan didalam koronari atau arteri serebrum akan menyumbang berlakunya serangan jantung dan strok.

Hipotiroidisme -  Isoflavones yang dijumpai di dalam susu kacang soya memberikan kesan negatif terhadap sintesis hormon tiroid dengan menyekat peroxidase tiroid enzim. Kelenjar tiroid anda memerlukan iodin untuk pengeluaran hormon tiroid. Iodin tidak boleh memasuki kelenjar tiroid tanpa peroxidase tiroid pengoksidaan, satu proses yang dikenali sebagai "organification." Pesakit yang mempunyai kandungan  hormon tiroid yang rendah sering mengalami keletihan, kelesuan, kehilangan rambut, ingatan yang lemah dan goiter.

Gout - Pada mereka yang mempunyai penyakit gout, anda dinasihatkan untuk mengelakkan susu kacang soya kerana ia mengandungi purines, komponen semula jadi yang terdapat dalam tisu badan dan sesetengah makanan. Purines akan dipecahkan kepada asid urik yang boleh mengganggu lapisan bersama anda, menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, bengkak dan radang, dikenali sebagai gout.

Tuesday 13 November 2012

Tumit Anda Pecah?

Pada mereka yang tidak mengetahui, tumit kaki yang kering dan pecah boleh dirawat sendiri oleh anda dirumah. Anda tidak perlu berbelanja besar semata-mata  ingin mempunyai tumit kaki yang lembab dan cantik. Nak tahu caranya, ikuti langkah-langkah seperti dibawah:-
  • Bersihkan kaki anda dengan sabun, kemudian skrub kaki anda dengan batu ampung atau skrub badan. Lakukan selama 4 - 5 minit pada setiap kaki.
  • Bilas dan basuh kaki anda dengan air suam.
  • Rendamkan kaki anda di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan 2 sudu makan garam kristal dan 1 sudu makan madu selama 5 - 10 minit.
  • Langkah selanjutnya, rendamkan kaki anda di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan 10 titis perahan limau nipis dan segelas teh yang telah ditapis.
  • Kemudian, keringkan kaki anda dengan tuala lembut yang bersih.
  • Langkah terakhir, sapukan losyen badan kepada kedua-dua belah kaki anda dan dilakukan urutan ringan selama 5 minit.

Friday 9 November 2012

Petua Untuk Elak Muka Berkedut



Minum Banyak Air 
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 

Bersenam 
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.

Jangan Merokok 
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus. 

Tidur Yang Cukup 
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia. 

Elak Bermekap 
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur. 

Makanan 
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan me?ngikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan. 

Lakukan Rawatan Wajah 
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 

Elak Tekanan 
Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan. 

Anggap Diri Hebat 
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah. 

Ketawa 
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan. 

Rahsia Vitamin C Untuk Membentuk Kalogen


Adakah anda mengenali buah citrus? Bagi yang tidak tahu, buah citrus adalah buah-buahan yang merangkumi pelbagai jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau Mandarin. Buah-buahan ini selalunya dimakan segar, diperah jusnya untuk dijadikan minuman, bahan perencah masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan. 

Untuk pengetahuan anda, bua-buahan citrus mempunyai rasa masam dan manis serta kaya dengan vitamin C dimana ia begitu baik untuk kulit anda. Vitamin C yang terkandung didalam buah-buahan citrus ini bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka. 

Selain itu juga, buah-buahan citrus ini juga baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser.Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin. 

Buah oren pula antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan setiap hari boleh menjauhkan selesema, kolesterol, mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah usus. Oren juga mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Oren turut mengandungi beta carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel kita. Ia turut mengandungi kalsium yang berfungsi membina tulang dan gigi kuat. Kandungan asid folik dalam buah oren juga sangat diperlukan otak. 

Magnesium dalam buah oren pula boleh membantu mengawal tekanan darah supaya dapat diseimbangkan, manakala kandungan potasiumnya menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh. 

Makanan yang kita makan juga dapat ditukarkan menjadi tenaga menerusi thiamin yang terkandung di dalam buah oren. Sementara itu, pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus pula boleh membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa masam dan manis. 

Rahsia yang perlu anda tahu adalah, kulit buah oren yang berwarna putih sebenarnya mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding isinya. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun pahit, ini demi kesihatan anda juga. 

Monday 5 November 2012

8 Sebab Kenapa Anda Mesti Pilih Susu Kambing?


1) Susu kambing sesuai kepada sesiapa yang alah atau alergi kepada susu lembu.

2) Anti-radang

3) Mudah dicerna berbanding susu lembu

4) Begitu kaya dengan kalsium untuk memperkuatkan tulang kita

5) Meningkatkan penyerapan mineral.

6) Susu yang terbaik selepas susu ibu.

7) Bagus untuk sistem penafasan

8) Begitu kaya dengan vitamin A & vitamin D dimana vitaman D diperlukan untuk tulang dan gigi serta menolong badan untuk menyerap kalsium, manakala vitamin A, penting untuk penglihatan yang baik dan kulit yang sihat.

Kenali Sakit Jantung

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab

Asap Rokok
Mempercepatkan pembekuan darah
Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Tekanan Perasaan
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
Tekanan darahnya juga meningkat.

Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung.
Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.  Bersenamlah.

Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
Jika anda merokok.
Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
Jika anda kurang bersenam.
Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.

Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.

Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.

Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
Mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres

1) Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung. 

2) Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).

3) Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.

4) Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.

5) Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan

6) Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.

7) Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.

9 Cara Merendahkan Kolesterol Dalam Darah


1) Kurangkan pengambilan minyak jenis lemak tepu (minyak kelapa, santan, ghee, lemak daging).

2) Pilih minyak bersumberkan tumbuh-tumbuhan (campurkan minyak kelapa sawit dengan minyak jagung atau soya).

3) Kurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi (daging berlemak) dan buangkan kulit ayam.

4) Pilih makanan yang mengunakan cara masak yang rendah lemak.

5) Elakkan makanan yang  yang mempunyai mempunyai "trans fat" seperti pastri berkrim, makanan segera dan lain-lain.

6) Gantikan sebahagian daripada daging dengan kekacang, tauhu, tempeh yang rendah lemak dan tinggi dengan gentian.

7) Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kolesterol.

8) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

9) Mengambil ikan laut dalam seperti salmon, tuna sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sunday 4 November 2012

Cergas, Cantik & Sihat


1) Jadikan senaman dirumah atau berjalan dikawasan tempat rekreasi sebagai rutin harian anda dalam kehidupan pada masa kini kerana ia menjamin kesihatan diri yang berpanjangan, sekali gus mengelakkan kehadiran sebarang penyakit

2) Jauhkan diri anda daripada "STRESS" kerana ia akan menyebabkan anda hilang keseimbangan diri serta menyebabkan anda mudah sakit.

3) Banyakkan minum air masak, makan buah-buahan serta kurangkan penggunaan gula, garam & MSG dalam masakan anda.

4) Jauhkan diri anda daripada makanan segera disebabkan ia merupakan salah satu punca berlakunya penyakit-penyakit bahaya pada masa kini.

5) Jauhkan diri anda daripada tabiat merokok kerana lebih 10,000 rakyat negara ini meninggal dunia akibat tabiat itu. Membeli rokok bermakna anda melabur untuk membeli penyakit bahaya untuk diri anda sendiri.

Ada Apa Dengan Coklat


Pada mereka yang menyukai serta pengemar coklat, jangan risau kerana coklat memberikan manfaat buat anda yang 'mencintainya'. Hasil kajian daripada yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok. Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat. Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat. Hasil kajian yang lain menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia serta menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Penyelidik daripada Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit iaitu: Susanna Larsson, menyatakan apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya. Beliau turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama. Di dalam kajian itu, ia menunjukkan flavonoid adalah satu kompaun yang bertindak sebagai antioksida dan ia mempunyai kesan yang amat baik terhadap tekanan darah, kolesterol dan fungsi saluran darah. Sementara itu, seorang penyelidik, Richard Libman, yang juga Naib Pengerusi Jabatan Neurologi di Institut Cushing Neuroscience Manhasset, New York, Amerika Syarikat berkata, flavanoid bukan saja terdapat dalam coklat malah makanan lain seperti epal, brokoli, soya, teh dan kekacang.

Walaubagaimanapun dengan fakta yang didapati daripada kajian di atas, ia  bukan bermakna anda boleh makan coklat dengan sesuka hati, tetapi fikirkan juga kesan negatif akibat pengambilan coklat secara berlebihan.

Thursday 1 November 2012

Kurangkan Kedutan Dengan Tomato

Makan tomato dengan kerap, kesihatan yang baik akan diperolehi oleh anda. Selain baik untuk kesihatan, tomato juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan kedutan-kedutan dimuka disebabkan ia lincin dan melembabkan kulit dengan serta merta. Oleh itu, mulakan langkah-langkah dibawah untuk kecantikkan kulit anda dengan tomato.

1) Kisarkan 5-7 biji tomato dengan sedikit air.

2) Sapukan tomato yang dikisar tersebut di bahagian muka dan dibiarkan selama 30 minit.

3) Bersihkan muka anda dengan air suam dan dibiarkan kering.

Cantikkan Siku & Lutut Dengan Madu

Setiap orang mempunyai kesihatan dan kecantikan kulit berbeza-beza kerana ia bergantung kepada penjagaan kita pada setiap hari . Bagi setiap perempuan yang mempunyai kulit yang cantik tanpa sebarang cela atau jerawat adalah satu kelebihan atau "bonus". 

Kecantikan siku dan lutut sering kali kurang diberi perhatian oleh kita pada masa kini. Oleh itu, untuk mengelakkan kulit siku dan lutut daripada kering serta hitam terutamanya pada waktu panas atau yang bekerja didalam bilik yang berhawa dingin, disini dinasihatkan agar menggunakan madu sebagai medium pelembab. Cara-caranya adalah seperti dibawah:

1) Masukkan 6-8 sudu kecil madu didalam mangkuk kecil serta dicampur bersama-sama sedikit air panas (jangan terlalu cair). 

2) Bersihkan lutut dan siku anda dengan air suam dan dilap sehingga kering

3) Kemudian dengan mengunakan jari telunjuk, ambik sedikit campuran madu bersama-sama air panas tersebut dan disapukan ke lutut/siku anda serta dibiarkan selama 30 minit. 

4) Selepas 30 minit, anda boleh bersihkan dengan air suam dan dilap lutut/siku sehingga kering.