Monday 5 November 2012

Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres

1) Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung. 

2) Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).

3) Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.

4) Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.

5) Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan

6) Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.

7) Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.

No comments:

Post a Comment