Sunday 4 November 2012

Ada Apa Dengan Coklat


Pada mereka yang menyukai serta pengemar coklat, jangan risau kerana coklat memberikan manfaat buat anda yang 'mencintainya'. Hasil kajian daripada yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok. Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat. Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat. Hasil kajian yang lain menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia serta menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Penyelidik daripada Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit iaitu: Susanna Larsson, menyatakan apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya. Beliau turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama. Di dalam kajian itu, ia menunjukkan flavonoid adalah satu kompaun yang bertindak sebagai antioksida dan ia mempunyai kesan yang amat baik terhadap tekanan darah, kolesterol dan fungsi saluran darah. Sementara itu, seorang penyelidik, Richard Libman, yang juga Naib Pengerusi Jabatan Neurologi di Institut Cushing Neuroscience Manhasset, New York, Amerika Syarikat berkata, flavanoid bukan saja terdapat dalam coklat malah makanan lain seperti epal, brokoli, soya, teh dan kekacang.

Walaubagaimanapun dengan fakta yang didapati daripada kajian di atas, ia  bukan bermakna anda boleh makan coklat dengan sesuka hati, tetapi fikirkan juga kesan negatif akibat pengambilan coklat secara berlebihan.

No comments:

Post a Comment